solihahsolihahsolihah

solihahsolihahsolihah
solihahsolihahsolihah

Thursday, 3 November 2011

KENANGAN DI AIDILFITRI

assalamualaikum semua..perkara yg ditunggu2 oleh seluruh umat islam ialah pada bulan ramadhan, kita sedia maklum ramadhan merupakan bulan Allah dimna lebih byk kita beribadah dan berpuasa kpda Allah pada bulan tersebut kita akan mendapat gnjaran pahala yg berlipat ganda.Allah swt juga telah bersabda melalui surah al-Baqarah yg bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain." kenanangan manis masa bulan puasa bbuka dgn family trsyg laa.riuh rendah di buatnya mau xriuhh dgn ank2 sedara lg,ipar2,kkak2 n abg2..sampai xckup meja makan.ihihih kna la mkn kat bawah bersila.

 setelah sebulan penat lelah umat islam mengharungi hidup di bulan ramadhan dengan menahan lapar dan dahaga serta menahan hawa nafsu kita.kini tibalah kita meraikan hari kemenangan umat islam iaitu eidul fitri..semangat tak terkiralaah semua kaum kerabat kluarga solihah nie dgn persiapan kueh rayanya lg berpuluh2 blang kueh smpai tak terkira yeelaaa byk2 sgt nant brlaku pmbaziran,itukan amalan syaitan..tp jgn isau walau berpuluh2 blang kueh ada mesti habis pnya dgn  kaum kerabat ramai laa katakan ank2 cucu huuuhh confirm habis..persiapan raya lg aduhaaaiiii mmg terbaik laaa buat bju raya 2bln awal huhu..takotnya tailor xambil bju raya dahh..thun nie raya pngalaman pertama kali solihah hadiahkan bju raya kat mak abah huhhuhuhu..rasa happy sgt bila tgok org yg kita syg pkai bju yg  kita beli rasa lapang dada, soal duit letak ketepi yg pentg mak abah happy dgn apa yg solihah beli ternyata mak abah puas hati dgn apa yg solihah belikan alhamdulillah..persiapan nak tukar brg rumah laaa pulakk..bila dah ramaiii sgt kaum krabat nie, mcm2 laaa pndpat yg ada, ubah yg ini,ubah yg itu..hhuhuh..ada duit beresss semuanya..malam raya laaa hari yang paling sibuk sekali..semua ahli kluarga ada tgungjwb msing2 kat rumah..kmas rumaaahhh laahh,psang langsir, sediakan kueh raya dgn blang2nya sekali laa, buat ktupat laaa.hhaha ada yg nak solihah kongsikan bersamaa dgn anda semua..ialah pngalamn buat ktupat palas, walau dah berkali2 solihah di ajar buat ktupat plas smpai skrg solihah xtahu nak beza ktupat jntan n ktupat btina..hahahha klakar jugak bila tgok bntuk ktupat yg solihah buat brbnding dgn mak yg buat..apa2 pun raya akan dtg solihah akan blajar buat lg..usaha tgga kjayaan..yeeaaaahh!!!nie la situasi di pagi raya family solihah..hari yg membahagiakan tgu semua ahli kelurga smpai..perkara yg paling pntg adalah bermaaf2an antra 1 sma lain..dari yg kcik hingga la yg tua siap tgu turn yg sulong,smpailah yg bgsu..hihihhi apa yg pnting walaupun solihah dh menginjak usia 19 thun, solihah still lg dpt duit ryaa hahhaah jgn jlous yer..yg happy nya duit raya lg byk dri ank2 sdra solihah..duit yg dpt tue solihah simpan nk survive duk di poli.
.haaa nie laaa stuasi time raya...
 sayaaaaangggg mak abahhhhhhh!!!!!!!ampunkan dosa adik yerrr..

 pasangan bahagia smpai ke tua...
 haaa besar taaak family solihah???nie ada yg tak cukup korum lg nie..rmai yg xdtg lg

 haaa nie laaa kkak solihah yg slalu solihah gduh2 mnja hihihih cyg kak ija...
yg nie pulak ank sedara solihah yg sulong.yg paling solihah rapat la.huhuh Hazirah nmanya..dah sama besaq ngn acu nyaa huhuhh..acu cyg kt kkak..

nie laaahhh jantung hati permata belian Solihah..syg sgt2 kat smua...RADZSHAH FAMILY..hopefully kami skluarga akan bahagia selamanya aminnn!!!

Wednesday, 2 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.....sekadar renungan buat semua..
my lovely sister with my parents...muaaahhhhhh!!!!syg semua

PERSIAPAN PEPERIKSAAN AKHIR

Alamak final dah dekat...susah hati di buatnya.sem ni final paper trengkas, shorthand, personality development..walau 3 paper ja masuk final tp risaunya xtaw nak kata. harap-harap dapat la jawab dengan tenang nanti. sejak final dah dekat nie, jadual memang padat dengan kelas ganti, kelas tambahan, quiz, midterm, presentation untuk final projek lagi. memang memenatkan jugak hari-hari tido lewat sbb nak siapkan semua kerja. walau pun penat, tapi semua tu banyak membantu solihah improve lg paper2 yg lemah. dengan bantuan lecturer2 yg byk bagi dorongan, ada yg buat kelas ganti, kelas tutorial semata-mata nak bntu saya dan rakan2. terima kasih tak terhingga kepada lecturer2 yg memberi komitmen kpd kami semua!!harap2 merestui dan mendoakan kejayaan kami nanti. persiapan nak final sem nie mmg xbyk masa yg diperuntukkan almaklumla dengan cuti nak raya lagi time bila la boleh study kan kalau dah raya. by da way, raya2 jugak tapi tak boleh lupa tanggungjawab nak kena study malas mcm mana sekali pun kena paksa diri jugak buat latihan n study. solihah banyakkan fokus pada paper yang agak merisaukan shorthand n trengkas. paper yg lain pun fokuskan jugak tp solihah lbih titik beratkan subjct yg susah dulu laa.

perkara kebiasaan yg solihah n adik beradik yg lain buat time nak exam, quiz, mid term and final, kami sentiasa akan inform or col abah n mak supaya mendoakan kami even nk jawab midterm je. amalan nie mmg kami sekeluarga amalkan dari dulu lg. di samping kita berusaha, kita jgn lupa untuk memohon restu kedua ibu bapa kita. restu kedua ibu bapa amat penting dan membantu kita sedikit sbnyak. tak lupa jugak, restu pensyarah2 kita pun penting jugak taw..jgn sesekali kita mengguriskan perasaan mereka yg byk mendidik kita. ingat tue!!tak berkat ilmu kalau pensyarah terguris dengan kita. apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan lecturer kita tak akan rugi apa2. the main point is don't forget pray to Allah. Allah tue maha berkuasa kita jgn sesekali lupa padaNYA. bijak pandai kita sekalipun, Allah itu lebih BIJAKSANA dari kita. so pohonlah restu kepada ALLAh supaya kita mendapat restu dan keberkatan agar kita memperolehi ketenangan ketika menjawab peperiksaan nanti..last but not least mintak maaf la kepada semua org mana lah tahu kalau kita ada buat perkara yg membuatkan hati mereka terguris. ingat tue pohon lah kemaafan yer.. so kepada semua terutamanya mak abah maafkan laah adik kalu ada buat salah dan silap,pensyarah2 yg bnyak membantu saya terima ksih yg tidak terhingga dan kwn2 maafkan solihah kalu terkasar bhasa yer. doa2 kan semoga kita semua berjaya amin.....

Tuesday, 1 November 2011

HARI PERTAMA DI PTSS.


Assalamualaikum wbt. Sangat teruja sekali apabila saya mendapat tawaran untuk memasuki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada 29 November 2010. Segala persiapan telah dilakukan sebulan awal untuk membeli segala kelengkapan keperluan untuk ke Politeknik. Hari demi hari telah di hitung, masa untuk saya mendaftar sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah tiba.
     Terasa sangat berdebar untuk menjadi pelajar Ptss. Perasaan turut berbaur gembira,berdebar,sedih dan sebagainya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Hari yang di nanti-nantikan telah tiba genab lah 29 Disember 2010 pada jam 9.35 pagi saya di daftarkan sebagai pelajar PTSS yang sah. Hati ini sangatlah gembira kerana saya bakal menempuh hidup sebagai seorang mahasisiwi di IPT. Namun hati ini tetap merasakan kesedihan kerana akan berjauhan dengan keluarga yang tercinta dan menjalankan kehidupan sebagai pelajar seorang diri.
     Saya juga di temani ahli keluarga saya iaitu abah, mak, kakak-kakak dan abang ipar. Mereka turut membantu saya mengangkut barang-barang untuk dibawa ke bilik masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya yang banyak memberi nasihat dan pedoman kepada saya untuk saya meneruskan kehidupan berdikari sebagai seorang pelajar sebelum mereka berangkat meninggalkan saya. Dengan harapan yang tinggi dan semangat baru untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar IPT, hati ini saya perteguhkan supaya saya cekal sepanjang saya melalui kehidupan sebagai pelajar.
 Malam pertama menetap di kamsis hati ini begitu sayu sekali apabila mengenangkan kenangan manis bersama kelurga. Saya mula merasakan suatu perasaan yang aneh dimana saya merasakan hari ini bermula lah titik permulaan tanggungjawab saya kepada ibu bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai anak yang di amanahkan untuk datang menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, hidup tetap perlu di teruskan walau tanpa orang yang kita sayang. Hari pertama saya di PTSS sehingga seminggu di penuhi aktiviti-aktiviti orientasi. Pengalaman manis dan juga pahit yang tidak dapat dilupakan sewaktu saya dan pelajar-pelajar lain di regging dengan senior. Walaupun aktiviti itu amat memenatkan dan menimbulkan persaan tidak puas hati di kalangan kami. Namun itu merupakan pengalaman manis iaitu bermulalah kehidupan sebagai pelajar baru di PTSS.yuhuuuu..tak sabar pulak nak grad rasanya..hopefully i will..('',)

Thursday, 27 October 2011

kasih ibu dan bapa membawa kesyurga...


assalamualaikum...
sedihhh hati nie bila tengok di tv dan berita mengenai anak derhaka..buang mak ayah dekat rumah orang tua2..apa salah mak dan ayah tue sampai si anak sanggup buat macam binatang..sedar laaa tanpa ibu dan ayah anak tue xkan wujud di dunia nie...
kenapa anak-anak ni sangup buat macam tue kat ibu n bpak sendiri sedangkan ibu bapa kita yang melahir dan membesarkan kita tanpa mengharapkan apa2 balasan..tapi sanggup si anak,derhaka pada mak bapak..
pernah tak mak dan abah kita mengungkit sebab membesarkan kita?
suruh kita bayar semua apa yang telah diorang habiskan untuk kita??
penah tak???
xpenahkan..
sejahat2 mna anak tue tapi hati seorang ibu dan ayah nie xpenah sekali diorang terlintas untuk mengungkit..
TAPI anak2 zaman sekarang lain..
dengan mak ayah sendiri pown berkira susah sangat kew nak kirim duit kat parents sendiri..mak bapak nie xpernah pown mengharapkan anak bagi duit beribu2..tapi cukuplah kalu ank tue ingt kat diorang..tue dah buat diorang besyukur..

pernah sekali pengalaman dri sendri bertemu dengan ibu2 dan bapa2 yang di buang oleh anak2 kat rumah orang tua2..
sedihhh hati nie tak tahu nak ckap mcmna hanya tuhan saja tau..
pakcik2 dn mkcik2 kat sana semua happy bila sya dan rakan2 laen melawat mereka..
ada yang sampai nangis sambil pluk saya sambil ckap kat sy.
trima kasih nak,sbb mai melawat mkcik kat sini..syukur kt tuhan walau ank mkcik sndri xpnah mlawat mkcik malah sgup buang mkcik kt sini nak..anak mai jumpa mkcik pown mkcik rasa bhagia wlau ank bkan ank mkcik..makcik x mgharap duit depa..tp ckup laa mai mlwat mkcik sblum mkcik mati..
korang smua tahu,terasa mcm nak ngis bila sorg mkcik yang xpnah sya kenal pluk n ckap mcm tue..mkcik tue pluk saya dgn erat mcm pluk ank sndri..betapa pmurahnya kasih syg mkcik nie kan..

then lpas tue saya trjumpa sorg pkcik ni Ya Allah Rupa dia seiras mcm abah sya..
ya Allah mcm nak luruh jntung nie bila kali ptama tgok muka pkcik tue..
sya mghampiri pkcik tue dn mula btnya
sy:pkcik apa khbar?
sy tgok pkcik nie sihat tbuh bdn knapa pkcik boleh ada kt sini?

pkcik:sihat mcm ni la nak..dlm pkcik sihat pown anak dah xmau.klu pkcik skit lg laa depa xmau..
terdiam sya bila dgr pkcik tue ckp mcm tue..
pkcik taw x..muka pkcik seiras mcm abah,bntuk tbuh pkcik pown srupa mcm abah..buat sya anggp pkcik mcm abh dn tringat pda abah..
pakcik jwb
bsyukur pkcik sbb ank nie bkn ank pkcik tp anggap pkcik mcm abh sndri..
ank nant jga lah mak abah elok2 nah..
mak bpak xmau aihh duit2 semua tu ckuplaahh kalau hmpa smua sgup jga bila depa dh tua..
terharu sgt2 bila pkcik tue ckp mcm tue..
serta merta trlintas wajah abah n mak time tue..
bgugur air mta nie..
mulai dri hari slpas sy mlwat org2 tua2..
shingga kini sy xlupa..

mkcik yg sma td pluk sya smbil ngis teresak2 bila sya dn rkan2 nk brangkat pulang..
anak bila ada masa nnt jgn lupa jguk mkcik nahhh..mkcik syg ank2 mcm ank mkcik sndri..
sedihh sgt saat kmi smua tgalkan mkcik tue..pengalamn btemu dgn diorg amat berharga..bsyukur sya pda tuahn sbb bg pluang mcm tue..smpai skrg sya akui..sya xboleh bpisah jauh dgn parents..wlau 2 mgu xjumpa tp dh dmam2 sbb xjumpa..untung kita sbb msih ada ibu bpa kt dunia nie..klu diorg dah tak da mcm mna laa kita nnti..ada juga org yg perli2 sya
ehhh dh besaq pown duk tringat2 smpai demam kt abah mak..wat malu jaaa tue laaa mnja sgt..
tp apa korang tahu hati sorg anak mcm mna tnpa mk abah dsisi..
hidup tue kosong walau ada org laen sygkan kita..
tp ksih syg diorg xsama mcm mna mk dn abah sy bagi pd sya..
lantak lah apa org nk kata sya nie manja ka anak di bwah ketiak ibu bpa laa..
yg pnting sy nk jdi ank yg xlupa ibu bpa..
kakak2 dn abg2 sya selalu pesan..
adik jgn lupa jasa mak abah besaq kan kita semua..
mak abah boleh besaqkan dn jga kita adik bradik..jgn kita yg ramai nie xboleh jga depa yg ber2..
kita jgn berkira sgt dgn mak abh bila dah ada duit..
walau ada duit sikit pown sedekah ikhlas pda mak abah insyaallah murah rezeki kita
sbb mak abh xpnah brkira ngn kita time kita susah prlukan duit..
thanks...to my fmly sbb byk bg nasihat dan drongan pda adik..
walaupown adik xpnah hadapi ksusahan mcm mna kakk2 n abg2 alami dlu..
adik bsyukur sbb fmily kita d lahirkan dgn ckup ksih syg dn bhgia oleh mak abah kita..
terima kasih yg tak terhingga dari hujung rmbut hga hujung kaki..halalkan makn minum adik sejak dari adik dilahirkan smpai adik bsaq pnjang mcm nie..

p/s: hargailah kasih syg ibu dan bpa kita slgi dorg msih ada..
hormatilah dn berkasih syg pda ahli kluarga kita..
utamAkan MEREKA TRLEBIH DAHULU..tq!!

iklhas dari hati..
original from
SOLIHAH MD RADZI

Wednesday, 26 October 2011

Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan
ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘.

Perintah Supaya Isteri Mentaati Suami


Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Qur’an, dan juga dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

A PLACE I LOVE TO VISIT

Everyone have their own favorite, like and love place that they want to visit. I’m also has a place I like to visit that is Mecca. I would like to know more about Mecca and see all interesting place at Mecca. Additionally, my parents also pray to Allah and hoping they have opportunity to go Mecca for ends of next year. My parents save their money for a long time to go there. What is the special thing about Mecca that make all Muslim like go to Mecca???
As we know, Mecca only for Islam non-Muslim cannot enter to Mecca. Mecca is a place of worship and holy place for Muslims. All Muslim want go to Mecca because Mecca is peaceful and not war. View of Islam, Mecca is the place God protected from devil. The history of Mecca is begins in the story of Prophet Muhammad SAW to spreading Islam in Mecca.
Besides that, Muslim goes to Mecca doing Haji or Umrah. All Muslim must do it Haji for those have stable in their money. Interesting place at Mecca is Masjidil Haram that is beautiful and big Mosque that can enter billions of human. Also have Zam Zam water well that produce a lot of Zam Zam water for every year. Zam Zam water is the best and the good water than other water because in Al-Quran said Zam Zam water can help cure diseases.
The conclusion is, I hope someday I can place  come to Mecca with the permission of Allah. Although, there are many other places, but it’s remain me to choose Mecca for my love place I like to visit. Mecca is a very unique and has its own history. I would like to know more about the greatness of Mecca....('',)