solihahsolihahsolihah

solihahsolihahsolihah
solihahsolihahsolihah

Thursday, 3 November 2011

KENANGAN DI AIDILFITRI

assalamualaikum semua..perkara yg ditunggu2 oleh seluruh umat islam ialah pada bulan ramadhan, kita sedia maklum ramadhan merupakan bulan Allah dimna lebih byk kita beribadah dan berpuasa kpda Allah pada bulan tersebut kita akan mendapat gnjaran pahala yg berlipat ganda.Allah swt juga telah bersabda melalui surah al-Baqarah yg bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain." kenanangan manis masa bulan puasa bbuka dgn family trsyg laa.riuh rendah di buatnya mau xriuhh dgn ank2 sedara lg,ipar2,kkak2 n abg2..sampai xckup meja makan.ihihih kna la mkn kat bawah bersila.

 setelah sebulan penat lelah umat islam mengharungi hidup di bulan ramadhan dengan menahan lapar dan dahaga serta menahan hawa nafsu kita.kini tibalah kita meraikan hari kemenangan umat islam iaitu eidul fitri..semangat tak terkiralaah semua kaum kerabat kluarga solihah nie dgn persiapan kueh rayanya lg berpuluh2 blang kueh smpai tak terkira yeelaaa byk2 sgt nant brlaku pmbaziran,itukan amalan syaitan..tp jgn isau walau berpuluh2 blang kueh ada mesti habis pnya dgn  kaum kerabat ramai laa katakan ank2 cucu huuuhh confirm habis..persiapan raya lg aduhaaaiiii mmg terbaik laaa buat bju raya 2bln awal huhu..takotnya tailor xambil bju raya dahh..thun nie raya pngalaman pertama kali solihah hadiahkan bju raya kat mak abah huhhuhuhu..rasa happy sgt bila tgok org yg kita syg pkai bju yg  kita beli rasa lapang dada, soal duit letak ketepi yg pentg mak abah happy dgn apa yg solihah beli ternyata mak abah puas hati dgn apa yg solihah belikan alhamdulillah..persiapan nak tukar brg rumah laaa pulakk..bila dah ramaiii sgt kaum krabat nie, mcm2 laaa pndpat yg ada, ubah yg ini,ubah yg itu..hhuhuh..ada duit beresss semuanya..malam raya laaa hari yang paling sibuk sekali..semua ahli kluarga ada tgungjwb msing2 kat rumah..kmas rumaaahhh laahh,psang langsir, sediakan kueh raya dgn blang2nya sekali laa, buat ktupat laaa.hhaha ada yg nak solihah kongsikan bersamaa dgn anda semua..ialah pngalamn buat ktupat palas, walau dah berkali2 solihah di ajar buat ktupat plas smpai skrg solihah xtahu nak beza ktupat jntan n ktupat btina..hahahha klakar jugak bila tgok bntuk ktupat yg solihah buat brbnding dgn mak yg buat..apa2 pun raya akan dtg solihah akan blajar buat lg..usaha tgga kjayaan..yeeaaaahh!!!nie la situasi di pagi raya family solihah..hari yg membahagiakan tgu semua ahli kelurga smpai..perkara yg paling pntg adalah bermaaf2an antra 1 sma lain..dari yg kcik hingga la yg tua siap tgu turn yg sulong,smpailah yg bgsu..hihihhi apa yg pnting walaupun solihah dh menginjak usia 19 thun, solihah still lg dpt duit ryaa hahhaah jgn jlous yer..yg happy nya duit raya lg byk dri ank2 sdra solihah..duit yg dpt tue solihah simpan nk survive duk di poli.
.haaa nie laaa stuasi time raya...
 sayaaaaangggg mak abahhhhhhh!!!!!!!ampunkan dosa adik yerrr..

 pasangan bahagia smpai ke tua...
 haaa besar taaak family solihah???nie ada yg tak cukup korum lg nie..rmai yg xdtg lg

 haaa nie laaa kkak solihah yg slalu solihah gduh2 mnja hihihih cyg kak ija...
yg nie pulak ank sedara solihah yg sulong.yg paling solihah rapat la.huhuh Hazirah nmanya..dah sama besaq ngn acu nyaa huhuhh..acu cyg kt kkak..

nie laaahhh jantung hati permata belian Solihah..syg sgt2 kat smua...RADZSHAH FAMILY..hopefully kami skluarga akan bahagia selamanya aminnn!!!

Wednesday, 2 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.....sekadar renungan buat semua..
my lovely sister with my parents...muaaahhhhhh!!!!syg semua

PERSIAPAN PEPERIKSAAN AKHIR

Alamak final dah dekat...susah hati di buatnya.sem ni final paper trengkas, shorthand, personality development..walau 3 paper ja masuk final tp risaunya xtaw nak kata. harap-harap dapat la jawab dengan tenang nanti. sejak final dah dekat nie, jadual memang padat dengan kelas ganti, kelas tambahan, quiz, midterm, presentation untuk final projek lagi. memang memenatkan jugak hari-hari tido lewat sbb nak siapkan semua kerja. walau pun penat, tapi semua tu banyak membantu solihah improve lg paper2 yg lemah. dengan bantuan lecturer2 yg byk bagi dorongan, ada yg buat kelas ganti, kelas tutorial semata-mata nak bntu saya dan rakan2. terima kasih tak terhingga kepada lecturer2 yg memberi komitmen kpd kami semua!!harap2 merestui dan mendoakan kejayaan kami nanti. persiapan nak final sem nie mmg xbyk masa yg diperuntukkan almaklumla dengan cuti nak raya lagi time bila la boleh study kan kalau dah raya. by da way, raya2 jugak tapi tak boleh lupa tanggungjawab nak kena study malas mcm mana sekali pun kena paksa diri jugak buat latihan n study. solihah banyakkan fokus pada paper yang agak merisaukan shorthand n trengkas. paper yg lain pun fokuskan jugak tp solihah lbih titik beratkan subjct yg susah dulu laa.

perkara kebiasaan yg solihah n adik beradik yg lain buat time nak exam, quiz, mid term and final, kami sentiasa akan inform or col abah n mak supaya mendoakan kami even nk jawab midterm je. amalan nie mmg kami sekeluarga amalkan dari dulu lg. di samping kita berusaha, kita jgn lupa untuk memohon restu kedua ibu bapa kita. restu kedua ibu bapa amat penting dan membantu kita sedikit sbnyak. tak lupa jugak, restu pensyarah2 kita pun penting jugak taw..jgn sesekali kita mengguriskan perasaan mereka yg byk mendidik kita. ingat tue!!tak berkat ilmu kalau pensyarah terguris dengan kita. apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan lecturer kita tak akan rugi apa2. the main point is don't forget pray to Allah. Allah tue maha berkuasa kita jgn sesekali lupa padaNYA. bijak pandai kita sekalipun, Allah itu lebih BIJAKSANA dari kita. so pohonlah restu kepada ALLAh supaya kita mendapat restu dan keberkatan agar kita memperolehi ketenangan ketika menjawab peperiksaan nanti..last but not least mintak maaf la kepada semua org mana lah tahu kalau kita ada buat perkara yg membuatkan hati mereka terguris. ingat tue pohon lah kemaafan yer.. so kepada semua terutamanya mak abah maafkan laah adik kalu ada buat salah dan silap,pensyarah2 yg bnyak membantu saya terima ksih yg tidak terhingga dan kwn2 maafkan solihah kalu terkasar bhasa yer. doa2 kan semoga kita semua berjaya amin.....

Tuesday, 1 November 2011

HARI PERTAMA DI PTSS.


Assalamualaikum wbt. Sangat teruja sekali apabila saya mendapat tawaran untuk memasuki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada 29 November 2010. Segala persiapan telah dilakukan sebulan awal untuk membeli segala kelengkapan keperluan untuk ke Politeknik. Hari demi hari telah di hitung, masa untuk saya mendaftar sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah tiba.
     Terasa sangat berdebar untuk menjadi pelajar Ptss. Perasaan turut berbaur gembira,berdebar,sedih dan sebagainya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Hari yang di nanti-nantikan telah tiba genab lah 29 Disember 2010 pada jam 9.35 pagi saya di daftarkan sebagai pelajar PTSS yang sah. Hati ini sangatlah gembira kerana saya bakal menempuh hidup sebagai seorang mahasisiwi di IPT. Namun hati ini tetap merasakan kesedihan kerana akan berjauhan dengan keluarga yang tercinta dan menjalankan kehidupan sebagai pelajar seorang diri.
     Saya juga di temani ahli keluarga saya iaitu abah, mak, kakak-kakak dan abang ipar. Mereka turut membantu saya mengangkut barang-barang untuk dibawa ke bilik masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya yang banyak memberi nasihat dan pedoman kepada saya untuk saya meneruskan kehidupan berdikari sebagai seorang pelajar sebelum mereka berangkat meninggalkan saya. Dengan harapan yang tinggi dan semangat baru untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar IPT, hati ini saya perteguhkan supaya saya cekal sepanjang saya melalui kehidupan sebagai pelajar.
 Malam pertama menetap di kamsis hati ini begitu sayu sekali apabila mengenangkan kenangan manis bersama kelurga. Saya mula merasakan suatu perasaan yang aneh dimana saya merasakan hari ini bermula lah titik permulaan tanggungjawab saya kepada ibu bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai anak yang di amanahkan untuk datang menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, hidup tetap perlu di teruskan walau tanpa orang yang kita sayang. Hari pertama saya di PTSS sehingga seminggu di penuhi aktiviti-aktiviti orientasi. Pengalaman manis dan juga pahit yang tidak dapat dilupakan sewaktu saya dan pelajar-pelajar lain di regging dengan senior. Walaupun aktiviti itu amat memenatkan dan menimbulkan persaan tidak puas hati di kalangan kami. Namun itu merupakan pengalaman manis iaitu bermulalah kehidupan sebagai pelajar baru di PTSS.yuhuuuu..tak sabar pulak nak grad rasanya..hopefully i will..('',)