Assalamualaikum wbt. Sangat teruja sekali apabila saya mendapat tawaran untuk memasuki Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada 29 November 2010. Segala persiapan telah dilakukan sebulan awal untuk membeli segala kelengkapan keperluan untuk ke Politeknik. Hari demi hari telah di hitung, masa untuk saya mendaftar sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah tiba.
Terasa sangat berdebar untuk menjadi pelajar Ptss. Perasaan turut berbaur gembira,berdebar,sedih dan sebagainya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Hari yang di nanti-nantikan telah tiba genab lah 29 Disember 2010 pada jam 9.35 pagi saya di daftarkan sebagai pelajar PTSS yang sah. Hati ini sangatlah gembira kerana saya bakal menempuh hidup sebagai seorang mahasisiwi di IPT. Namun hati ini tetap merasakan kesedihan kerana akan berjauhan dengan keluarga yang tercinta dan menjalankan kehidupan sebagai pelajar seorang diri.
Saya juga di temani ahli keluarga saya iaitu abah, mak, kakak-kakak dan abang ipar. Mereka turut membantu saya mengangkut barang-barang untuk dibawa ke bilik masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa serta ahli keluarga saya yang banyak memberi nasihat dan pedoman kepada saya untuk saya meneruskan kehidupan berdikari sebagai seorang pelajar sebelum mereka berangkat meninggalkan saya. Dengan harapan yang tinggi dan semangat baru untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar IPT, hati ini saya perteguhkan supaya saya cekal sepanjang saya melalui kehidupan sebagai pelajar.
Malam pertama menetap di kamsis hati ini begitu sayu sekali apabila mengenangkan kenangan manis bersama kelurga. Saya mula merasakan suatu perasaan yang aneh dimana saya merasakan hari ini bermula lah titik permulaan tanggungjawab saya kepada ibu bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai anak yang di amanahkan untuk datang menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, hidup tetap perlu di teruskan walau tanpa orang yang kita sayang. Hari pertama saya di PTSS sehingga seminggu di penuhi aktiviti-aktiviti orientasi. Pengalaman manis dan juga pahit yang tidak dapat dilupakan sewaktu saya dan pelajar-pelajar lain di regging dengan senior. Walaupun aktiviti itu amat memenatkan dan menimbulkan persaan tidak puas hati di kalangan kami. Namun itu merupakan pengalaman manis iaitu bermulalah kehidupan sebagai pelajar baru di PTSS.yuhuuuu..tak sabar pulak nak grad rasanya..hopefully i will..('',)
Well Done!
ReplyDeleteterima ksih cik!!!('',)
ReplyDelete